Kursus Rawatan Islam Qurani

•February 28, 2012 • Leave a Comment

Kursus rawatan islam ini telah diadakan pada pertengahan bulan yang dibimbing oleh Al-Fadil Ustaz Azman Jusan.  Peserta terdiri dari penduduk taman dan juga orang luar. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkaan. Peranan kita sebagai makhluk adalah untuk berikhtiar menurut lunas syarak. Kesembuhan datangnya dari Allah

Sessi Rawatan

 

Ijazah

 

Advertisements

Jadual Kuliah Mac 2012

•February 28, 2012 • Leave a Comment

Jadual Kuliah SFAZDG - MAC 2012

JADUAL KULIAH JAN 2012

•December 20, 2011 • Leave a Comment
JADUAL KULIAH SFAZDG JAN 2012

JADUAL KULIAH SFAZDG JAN 2012

Kuliah Maghrib – 16/07/11

•July 18, 2011 • 1 Comment

Bersempena dengan majlis kenduri kesyukuran terbinanya SFAZDG, satu kuliah Maghrib yang telah diadakan bagi mengisi ruang yang kosong sebelum menjamu selera. Kuliah disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Zain Mohd Noh. Isi kuliah yang disampaikan adalah berkisarkan tajuk “Berjamaah Menuju Keredhaan Allah”

Ustaz Mohd Zain

Ustaz Mohd Zain

Insyallah di sini saya cuba perturunkan kembali intipati kuliah yang disampaikan. Jika ada kekurangan dan perlukan tambahan, harap para sahabat yang hadir pada hari itu membuat tambahan di bahagian komen terutama Syeikh Al-Banjari, Syeikh Nizam dan juga yang lainnya berdasarkan nota yg telah diambil.

Al-Fadil Ustaz telah memetik satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi. Ianya merupakan satu hadis yang agak panjang. Memandangkan masa yang agak terhad,kupasan yang dapat dibuat adalah disekitar pangkal hadis sahaja.

CINTAKAN ILMU

Di awal kuliah Al-Fadil ustaz membawakan kisah saidina Umar yang memukul Ubai bin Kaab. Kisah ini terjadi ketika Ubai dalam perjalanan pulang setelah selesai mengajar di masjid dan salah seorang yang hadir adalah saidina Umar. Dalam perjalanan pulang, saidina Umar hairan kerana melihat ramai orang yang mengiringi Ubai walaupun setelah habis kuliah. Saidina Umar berkata kepada Ubai, ‘perkara sebegini tidak pernah terjadi pada zaman Rasulullah, yakni ada orang yang menjadi pengiring menemani sehingga pulang’. Ubai berkata, ‘sebenarnya mereka bukanlah pengiringiku, akan tetapi mereka mengikutiku kerana mereka masih lagi ingin belajar dariku’.

Kisah ini memberikan gambaran betapa para sahabat begitu mengambil berat dalam mencari ilmu akhirat. Jelas terbukti betapa bersungguhnya mereka dalam menuntut ilmu. Cuba lah kita renungkan sejenak ke dalam dari kita, sejauh manakah usaha dan pengorbanan kita dalam mencari ilmu akhirat. Tidak perlu menyuluh terlalu dalam, cukup sekadar sekitar Fardu Ain sahaja.

PELIHARALAH ALLAH, ALLAH AKAN MEMELIHARAMU

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَم یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حدیث حسن صحيح،
وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِيالرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))

Daripada Abu al-‘Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi:Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.

Menurut Al-Fadil ustaz, Imam Nawawi memberitahu maksudnya memelihara Allah di sini adalah dengan memelihara agama Islam. Allah itu Maha suci dan tidak memerlukan bantuan sesiapa pun jua.

Menurutnya, yang dimaksudkan dengan Allah memelihara kita di sini ialah (1) kita dipelihara ketika hidup dan (2) ketika saat menemui ajal. Dari sudut penjagaan pada waktu hidup, ianya bertepatan dengan maksud ayat Al-Qur’an yang selalu kita lihat tergantung di kedai-kedai dan juga rumah-rumah iaitu ayat seribu dinar.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang maksud bagaimana kita dijaga oleh Allah kerana menjaga agamanya, Al-Fadil ustaz membawakan beberapa kisah berkaitan dengan hidup imam-imam yang hebat dari zaman tabiin. Semoga kisah dan perjuangan mereka ini menjadi teladan kita dalam memperjuangkan menjaga kemurniaan agama Islam.

APABILA ORANG ALIM BERDIAM DIRI…

Kita biasa mendengar nama Ahmad bin Hanbal yang lebih dikenali dengan panggilan Imam Ahmad. Kisah ini terjadi di zaman Abassiyah ketika pemerintahan Al-Ma’mun. Pemerintahan Al-Ma’mun adalah didominasi oleh fahaman Muktazilah. Zaman ini merupakan zaman di mana suburnya penghujahan berdasarkan falsafah. Antara perbincangan paling penting yang terjadi pada zaman itu adalah ‘Adakah Al-Qur’an itu makhluk?’ Ada antara ulama yang lari, membenarkan pendapat bahawa ianya makhluk dan ada juga yang memberikan jawapan yang tidak menyokong khalifah samada secara terang mahupun secara berselindung.

Imam Ahmad juga tidak terlepas daripada disoal.Secara tegas Imam Ahmad mengatakan bahawa Al-Qur’an itu bukan makhluk walaupun beliau tahu bakal dihukum dengan jawapan yang diberikan. Demi menjaga agama Allah, imam Ahmad dengan tegas telah berkata

إذا سكت العالم تقية والجاهل يجهل فمتى يتبين الحق

yang maksudnya ‘Apabila orang alim berdiam diri dan orang jahil terus dalam kejahilannya, maka bilakah akan nyatanya kebenaran‘. Lantaran jawapan yang diberikan tidak secocok dengan padangan pemerintah, beliau telah diperintahkan untuk menerima sebatan. Mengikut kisah yang sahihnya, setelah menerima beberapa sebatan, akhirnya seluar yang dipakai beliau terlondeh akibat  pukulan cemeti. Allah maha kuasa, mata-mata yang melihat telah dihijabkan pandangannya dari melihat aurat imam ini. Selain dari versi ini, terdapat beberapa versi lain tentang kisah terpeliharanya aurat imam Ahmad dari dilihat. Apa yang penting adalah maksud disebalik kisah yang menceritakan bagaimana Allah menjaga orang yang menjaga agamanya.

Diketika yang lain pula, sewaktu hampir saat ajalnya, para muridnya mengajarnya untuk mengucap. Para muridnya kehairanan kerana beliau menjawab dengan ‘tidak‘. Mereka berasa susah hati kerana imam Ahmad seolahnya menolak kalimah Allah yg ditalqinkan kepada beliau. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya, beliau sempat memberitahu muridnya yang hadir, bahawa kata-kata ‘tidak’ itu adalah untuk menolak bisikan syaitan yang cuba menyesatkan beliau disaat akhir kehidupan. Jelas, Allah tidak mempersiakan mereka yang berjuang menjaga agamanya. Ujian terbesar kita adalah ujian menjaga tetapnya iman kita dihujung hayat. Inilah harapan kita, agar iman kita tetap terpelihara sehingga ke akhir usia.

SOLAT BERJAMAAH

Intipati seterusnya adalah dari kisah dua orang imam di zaman tabiin yang yakin dengan solat jamaah yang mereka lakukan dapat membantu tetapnya iman mereka di akhir usia.

Pertamanya adalah diberitakan bahawa imam al-A’mash @An-Nasa’i, seorang imam dalam bidang hadis dan empunya kitab Sunan An-Nasa’i tidak pernah ketinggalan dengan takbir bersama imam selama 60 tahun

Keduanya adalah Said bin Musayyab yang juga menantu kepada Abu Hurairah R.A. Beliau diberitakan tidak pernah terlepas dari berada di masjid selama 40 tahun untuk solat berjamaah.

Dari sini jelas tergambar betapa orang-orang yang hebat pada zaman shabat, tabiin dan tabi’ tabiin begitu menjaga agama Allah dengan menjaga solat mereka secara berjamaah. Inilah dia contoh generasi Al-Qur’an yang telah mendambakan hidup mereka mencari keredhaan Allah. Mereka bersungguh dalam mencari ilmu, bersungguh dalam mempertahankan kesucian agama dari dicerobohi dan juga bersungguh menjaga solat berjamaa. Solat itu cahaya, solat itu juga tiang agama. Tiada cahaya gelaplah hidup kita, tiada tiang runtuhlah Islam yang kita bina.

HUKUM SOLAT BERJAMAAH

Sebelum menutup tulisan, saya ingin membawakan hukum solat berjamaah seperti yang telah diterangkan oleh Al-Fadil ustaz untuk kita renungi dan hayati bersama.

1- Mazhab Syafie

Majoriti ulama mazhab syafie berpendapat solat jamaah adalah fardu kifayah. Pendapat kedua adalah sunat muakkad

2- Mazhab Hanafi & Maliki – Sunat Muakkad

3- Mazhab Hanbali – Fardu Ain

Maghrib Di Desa Gemilang

Maghrib Di Desa Gemilang

ps: Kandungan artikel banyaknya datang dari acara kuliah yang disampaikan.

Wallahua’lam

MAJLIS KESYUKURAN SFAZDG DESA GEMILANG

•July 12, 2011 • Leave a Comment

Insyallah pada hujung minggu ini akan diadakan satu majlis kenduri kesyukuran sebagai tanda syukurnya penduduk Desa Gemilang atas tertegaknya sebuah surau yang kecil. Walaupun ianya tidaklah sebesar mana, diharap ianya dapat digunakan sepenuhnya bagi merapatkan hubungan antara penduduk dan juga dapat dijalankan aktiviti yang bermanfaat selari dengan tuntutan Islam agar tempat ibadat itu dimakmurkan. Biarlah makmurnya itu adalah dengan kehadiran kita semua bukan sekadar menjadi tempat cicak-cicak mencari unggas-unggas berterbangan.

Bersempena dengan majlis ini, akan diadakan satu majlis ilmu bagi mengisi keperluan rohani kita. Jika tubuh badan kita memerlukan makanan, begitulah juga dengan jiwa dan rohani kita. Paling kurang, setiap orang akan makan 3 kali sehari. Semuanya dilakukan agar tubuh badan kita kuat dah sihat. Bagaimana pula dengan jiwa kita? 1 hari sekali? Seminggu sekali?……Walaupun kita semua adalah golongan yang sibuk, marilah kita sama-sama mencari ruang untuk ke majlis ini dan majlis ilmu seumpamanya. Semoga susah payah kita untuk datang akan diberkati Allah.

Maksud sabda nabi “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan meghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” HR Abu ad-Darda’

Selain daripada mendengar pengisian ilmu, kita juga dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Sambil berkenalan kita juga dapat menjamu selera dan menggugurkan dosa-dosa kecil yg ada.

Maksud sabda nabi “Tidaklah dua org muslim, bertemu dan saling berjabat tangan, akan diampunkan dosa-dosanya selagi mereka belum berpisah” HR Abi Daud

Selain pada itu, besarlah hajat kami agar para dermawan yang telah membuat sumbangan untuk turut serta di dalam majlis ini. Tiada kata yang dapat diukir, melainkan harapan agar kalian semua dirahmati Allah.

Maklumat lanjut berkenaan majlis adalah seperti di bawah :

Majlis Kesyukuran SFAZDG - Desa Gemilang Sg Pusu

 

 

Kenduri Kambing

•June 20, 2011 • 1 Comment

Alhamdulillah pada Sabtu lepas, para jemaah telah bergotong-royong membanting tulang menumbangkan dan melapah seekor kambing yang disumbangkan oleh Tn Hj Azbar.

Acara penyembelihan dilakukan pada sebelah petang selepas para jemaah menikmati hidangan kambing bakar di satu majlis doa selamat di fasa 2.

Hidangan yang menjadi pilihan adalah kambing gulai kari yg di masak oleh ustaz Jo. Memandangkan takut lauk yag dimasak tidak mencukupi Bad telah bermurah hati untuk menaja nasi dan ikan kering sebagai menu tambahan.

Insyallah, selepas ini akan menyusul lagi kenduri kambing v2 🙂

Di bawah adalah gelagat yang sempat dirakam sekitar acara melapah dan juga gotong-royong kecilan di surau. Caption adalah untuk hiburan semata 🙂

Melapah I

Melapah I

 

Melapah II

 

Melapah III

Melapah III

 

Lega.... Abih doh jadi pengerusi.

 

Mu pandai....hok teruk mu tolok kat aku....

 

Tak elok hangpa gaduh, mai tulung kat sini lagi baguih...cepat bulih makan.....

 

Kan molek mcm ni...takde gaduh-gaduh...mlm ni lepas ngaji kita makan kari...

SFAZDG – Solat Berjamaah Pertama Di Dewan SFAZDG

•April 25, 2011 • Leave a Comment

Subuh pagi ahad yang lalu merakamkan detik terakhir sessi tazkirah subuh di surau smenetara SFAZDG. Ustaz Borhan telah diberikan penghormatan untuk memberi sedikit tazkirah sebelum beliau kembali berangkat menyambung pelajaran di bumi Down Under. Isi tazkirah yang diberikan adalah berkaitan dengan ingatan Rasulullah S.A.W tentang fitnah yg di bawa oleh mulut.

Bendahari Sedang Memperbetulkan Lampu

Bendahari Sedang Memperbetulkan Lampu

Malam sebelumnya, selepas acara tahlil dan jamuan ringkas, para jamaah telah bertungkus-lumus membuat pembersihan dalaman untuk ruangan solat bagi membenarkan proses pemasangan karpet dilakukan pada esok harinya.

Dalam lingkungan jam 10 pagi Ahad, proses pemasangan karpet pun bermula. Antara yang hadir memantau adalah Jo,Ustaz Sai,Fairul,Abg Badio dan juga Abg Maznan. Proses pemasangan ini berlangsung sehingga ke waktu zuhur. Secara rasminya, solat zuhur pada hari ahad lalu merupakan solat jamaah terakhir warga DG dilakukan disurau sementara SFAZDG yang selepas ini hanya tinggal dalam kotak memori. Walaupun ianya hanyalah satu tapak sementara, tetapi jasanya cukup banyak. Tidak terkira banyaknya pengetahuan yang dikutip menerusi siri pengajian yang telah berlangsung, malahan yang paling penting ia telah menjadi saksi sujud dan tunduknya warga DG menyambut seruan azan bagi menunaikan kewajipan mendirikan solat.

Pemasangan Karpet

Pemasangan Karpet

Alhamdulillah, penantian seluruh warga DG untuk menunaikan solat secara berjamaah diruang dan bangunan yang selesa terlaksana sudah. Sebagai tanda penghormatan dan mengiktiraf jasa Ustaz Sai sebagai pemimpin yang mengepalai urusan pembinaan SFAZDG, solat asar berjamaah dan juga yang pertama di dalam ruang solat SFAZDG telah diimami oleh beliau.

Solat Asar - Solat Berjamaah Pertama Di Dewan Solat SFAZDG

Solat Asar - Solat Berjamaah Pertama Di Dewan Solat SFAZDG

Seperti ada panggilan halus dan semerbak harum memanggil. Solat maghrib menampakkan limpahan lebih dari biasa. Benarlah, rupanya kesempitan ruang banyak menghalang kita dari bersama mengerjakan solat berjamaah. Insyallah masalah ini telah diatasi dengan adanya ruang solat utama yang mampu menempatkan lebih kurang 200 jamaah pada satu masa, dilengkapi sistem pendiginan yang baik dan juga hamparan karpet yang tebal. Ini semua bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Kecerian pada raut wajah dewasa lebih terserlah dengan larian dan gelak tawa kanak-kanak mengelilingi dewan solat. Semoga kita semua diberi hidayah dan mendapat taufiq untuk terus istiqamah dalam berjamaah.